Terima kasih Obstetrical and Gynaecological Society of Malaysia (OGSM) atas perkongsian yang disampaikan.
Kesihatan ibu dan anak adalah penting (termasuk morbiditi dan mortaliti), dan menjadi antara kayu ukur utama dalam kesihatan awam.
Saya amat kagum dengan pencapaian OGSM dalam bidang ini, termasuk pembangunan ‘Intensive Course in Obstetric Emergencies’ (ICOE) untuk latihan petugas perubatan bukan sahaja di Malaysia, malah di rantau ini.
Sejarah pembangunan program dan kerjasama dengan Liverpool School of Tropical Medicine, Royal College of Obstetricians and Gynaecologists (RCOG) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga antara kejayaan yang boleh menjadi inspirasi dalam usaha meningkatkan natijah kesihatan umumnya.
Saya sedia memberi sepenuh kerjasama untuk menjayakan agenda kesihatan di Malaysia dan juga di rantau ini, lebih-lebih lagi dengan kepengerusian ASEAN oleh Malaysia tahun hadapan.
Dr Dzulkefly Ahmad
Isnin, 22 Julai 2024
Kementerian Kesihatan Malaysia
#KKMprihatin #MalaysiaSihat #SihatBersama #MalaysiaMADANI